Saman terhadap New Strait Times Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Pada 2003 Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman terhadap New Strait Times Press (NSTP) dan bekas ketua pengarang kumpulan, Tan Sri Abdullah Ahmad. Artikel yang disiarkan pada 2 Mac 2002 telah menjejaskan nama baiknya.

Keputusan kes Anwar Ibrahim saman NST akan diketahui pada 25 November 2009. Artikel yang disiarkan dalam akhbar the News Strait Times itu bertajuk "Anwar's link to US lobbyist"(Hubungan Anwar dengan pelobi AS) telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga. Anwar cuba dikaitkan dengan 'ejen Amerika Syarikat'. Artikel itu mendakwa Anwar mempunyai kaitan kewangan dengan pelobi Washington D.C, Douglas H. Paal yang mengetuai Asia Pacific Policy Centre (APPC).

Anwar Ibrahim pernah mencabar kerajaan Malaysia menjalankan inkuiri siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid terhadapnya.Pada 26 Oktober 1999 dalam akuan berkanun Abdul murad menuduh Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris telah menyiasat akuan berkanun itu sehingga ke Singapura dan United Kingdom. Tetapi tiada sebarang bukti bagi akuan berkanun itu. Artikel itu ditulis semasa Anwar berada di Penjara Sungai Buloh. [14]

Pada 25 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diwakili oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002.Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.[15]

Rujukan

WikiPedia: Saman-menyaman Anwar Ibrahim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://malaysiakini.com/news/119516 http://malaysiakini.com/news/126678 http://malaysiakini.com/news/151899 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...